ini adik saya bah

ini adik saya bah
ajim

Thursday, December 11, 2008

APA JAWAPAN KORG

Bila ada orang cakap..

1) Aku Benci ko lah...korang jawab aper?

2)Aku Tak suka Ko lah...Korang jawab aper?

3)Aku Suka Ko...Korang jawab aper?

Sunday, December 7, 2008

Surat Tak Rasmi Tapi Rasmi, Format BebaS

Kehadapan Manusia-Manusia yang bedebah,
Semoga dalam keadaan nak mati ketika ini. Aku pula sentiasa ok, disamping orang-orang tersayang. Wahai Manusia-Manusia yang bedebah, aku menulis surat ini untuk meluahkan perasaan rindu terhadap kalian, sehingga tidak sabar untuk berjumpa dengan kalian. Jantung ku dah cukup kencang menahan amarah bila terkenangkan kalian yang jauh dimata(PukiBabI kOrang).
Buat Manusia YanG Telah DitinggaLkan SuamI kerana Perempuan yang sial, aku sungguh terHaru keraNa Kamu wahai Manusia cuba mengherat aku dan beberapa lagi manusia yang berhati mulia untuk mendengar luahan hati mu...Tapi Kauuuu sangat SIAL kerana menganggu. So, tunggu aku ye Manusia. Aku akan menemukan Mu untuk MELAHAP mu sepuas2nyer. Aku Laparrrrrrr.....
Kepada Manusia yang Teringin Sangat nak Kahwin tu...harap2 niat korg termAkBul. Aku dah CukuP bEncI menGenangkan Kalian. Tapi aduhhhh wahai manusia, korg dah heret aku dalam masalah korang wahai manusia. So, jangan Main2.
Semoga kita akan berjumpa lagi, salam sial dari ku untuk kamu wahai manusia-manusia bedebah.
Yang benar,
-aku yang diheret-

Wednesday, November 12, 2008

Tak Lama lagi

Tak lama lagi semua budak2 class yg suka menulis akan terjumpa secara tdk di rancang. yelah nak ambil apa benda tu....ntahlah...hehe..konvo. Jadi bila aku fikir2 balik, rasa tersentuh pula sbb yelah tiga taun...penat wei bab2 study ni. Tipulah klu ko tak rasa penat. Tapi nak sangat kan ada dip so teruskan jelah.

Tapi ada satu benda yang sangat2 buat aku sedih. Hari tu aku pegi Putrajaya nak teman member pegi interview...arap2 dia dapat keja tu. Jadi sementara aku tunggu dia tu, aku ajak lah member aku yang seorang lagi ke presint 11. Masa nak on d way pegi sana tu ati aku berdebar2. BIla dah nak sampai tu, aku dah nampak apartment tempat aku duduk kat sana masa praktikal dulu...Ya Allah, tuhan je tahu perasaan aku...aku rindu giler,aku sedih giler happi xada. tau tak kenapa...??? AKU TERINGAT ARWAH A.J. Aku sedih sangat, sebab duluuuuuuuuuuu kan, aku dengan dia ni kalu kat class mcm biasa2 je,tak sangka masa praktikal boleh pula sekali dengan dia kan. Jadi bila dah sampai betul2 kat tempat tu...aku ngn member terus pegi masuk lif, tekan no 11..maksudnya aku dulu duduk tingkat 11. Keluar je lif, aku terus ke sebelah kiri...aku pegi lah lalu depan rumah tempat aku duduk dulu. Oleh kerana, umah tu orang yang duduk sekarang adalah orang yg aku kenal jugak tapi dia tak ada sebab pegi keja...so aku tengok lama2 depan pintu umah tu..rasa nak nangis je,aku sebak. Aku teringat arwah, masa aku duduk dengan dia kan dia selalu sakit..paling aku ingat bila dia ngadu yg badan dia sakit n aku minta minyak urut ntah siapa punya aku tolong urut badan dia. Aku tengok dia dah semakin kurus masa tu... satu2 timbul kat fikiran aku. Ada satu pagi lagi, masa aku tengah siap2 nak pegi office, aku intai2 bilik dia, sebab aku tengah siap2 tapi tak nampak pun dia keluar2 dari bilik kan...bila aku intai tu...aku nampak dia sedang tido..dia baring mengiring dengan berpakaian telekung dan tangannya pegang Yassin. Aku tau, masa dia solat subuh pagi tu dia terus mengaji. Sedih aku ingat balik semua tu... Lepas tu, masa dia dalam keadaan dah tak larat n lemah satu badan, aku nak pegi Alamanda. Aku tengok dia sangat2 tak larat tapi dia cakap dia nak ikut jugak...aku masa tu mcm nak marah je dia sebab takut kalu dia pengsan atau apa2 kan...tapi dia cakap dia boleh, so tak peh lah. Aku ngn dia n ada lagi seorang member yg kurang selesa utk aku ingati pun naik bas NadiPutra 400 pegi Alamanda. Masa dalam Alamanda tu, aku masuklah Watson...aku saja2 pegi tengok perfume..tiba2 dia datang ngn aku n syorkan aku beli Silkygirl BeMine...dia cakap masa tu "sedap bau dia..ko try"...so aku pun ambik kan...aku beli lah maksudnya. Memang wangi...betul cakap dia. Lagi satu kan sepanjang aku duduk dengan dia, dia suka sangat makan McD. Dia selalu beli double cheese burger yg set punya tau.

Lama aku termenung terfikir pasal dia. Dan paling buat aku rasa sedih lagi bila dia tengah packing barang2 dia sebab dia masa tu dah tak dapat nak habiskan tempoh praktikal dia kan...penyelia dia sendiri suh dia rehat je kat umah dan kebetulan keadaan dia dah betul tak sihat masa tu, so dia pun balik kampung. Masa dia tengah kelam kabut nak punggut2 barang tu...aku pulak kelam kabut nak kuar pg K.L sebab ada org dah tunggu aku..so blah...blah...blah...jalan n jalan apa semua n dah pukul 11 malam masa tu, aku pun balik lah apartment tu...masuk je lif tuk naik, arwah pula dari rumah masuk lif nak turun. Aku TerBerSelisih dengan dia. Aku masuk umah, dia dah kat tingkat bawah baru masuk kereta. Aku tanya budak2 kat umah mana dia...diaorg ckp kami berselisih. Aku terus ambik hp n kol dia, aku cakap sori tak sempat jumpa n tak sempat salam dia. Dia ckp tak peh...

Jadi 26.12.2007, awal pagi aku bangun. member aku nak mbik aku,nak balik puncak. Masa awal pagi tu jgk...member aku yg lagi seorg kol hp arwah, nak tanya dia dpt dtg tak hari tu...tuk buat pendaftaran kolej. Tiba2 yg jawab ayah arwah..."dia cakap arwah dah tak ada, baru je pegi masa pagi tu..." aku dengan dua lagi member duduk diam kat ruang tamu.....tak sangka semuanya sekejap je... Tuhan tu maha berkuasa ke atas makhul dia kan...

Macam mana pun, aku bersyukur sangat kerana di saat2 akhir hidup arwah Tuhan pilih aku untuk menjadi salah seorang daripada manusianya, untuk bersama-sama dengan arwah menjalani pengakhiran hidupnya pada masa tu.

tak lama lagi....25 nov ni nanti semua budak2 class akan kumpul n jumpe semula tuk konvo, kalau dia masa ada...mesti hari tu nanti aku akan salam dia n masing2 ucap tahniah kan.....mesti dia senyum manis sampai dimple dia nampak kan..A.J....A.J...A.J..aku rindu ko...

k..lah kawan ku yg sudi baca post ni...

Marilah kita sama2 panjatkan doa semoga arwah sentiasa di rahmati dan dicucuri rahmat dari Allah S.W.T...Aminnnnnnnnn....Al-Fatihah..

Saturday, November 8, 2008

CinTa Ku uJunG JalaN

Hadussshhhh...

Perasaan berkecamuk bila tiada kata putus. Semuanya bagaikan PERCUMA bila tergantung. Semuanya bagaikan NTAHLAH... bila Terlebih SudaHHhhhhhhhh....Kan Stacy kui3... Kamu Tamak Sebenarnya..hem,Apalah yang kau cuba cari..jangan buat macam tu...tak baik. Kadang2 mungkin kau rasa, keadaan diri n ati kau tak diambil kisah. Mana ada....rambut sama itam, hati lain2 ma... cara tak sama. kadang2 kamu nampak org tu ego...fu...memang ego, ati keras macam batu..Tapi SUMPAH...baik ko tanya tuhan pasal dia.

n sekarang...main rempuh je tau
Tak ada apa2 perasaan dah sangat mcm dulu
seBab mungkin dia lebih suka jika tidak menbebankan perasaan kamu
dia Bila2 boleh blah...

n Sekarang dia cakap" CinTa Ku D UjuNg Jalan"

Setiap tetes air mata ku
T'lah ku berikan untuk kisahku
Mengerti tapi tak dimengerti
CinTaKu T'lah D Ujung Jalan

Setiap Kata Dari Bibirku
Kadang tak sama dalam hatiku
Tersenyum dalam hati menangis
CinTaku T'lah D UjuNg JaLan

Aku sangat mengenal mu
Aku juga Cinta Mu
Tapi kau tak pernah ada pengertian
Ku senang Ku sedih

Kau Tak Mau Tau..

Aku sangat mengenal Mu
Dulu Kau tak begitu
Kau bintang di Hati Ku
Jadilah yang ku mau
Ku senang Ku sedih

kau ada dengan ku...

Ku Mengerti kau apa adanya
Begitu pun ku Mau dari mu

KAU TAU RASANYA DIABAIKAN

CinTa Ku T'lah DiUjunG JaLan




Friday, October 31, 2008

Jenis-Jenis gaya bahasa

Tahukah anda apabila melibatkan diri dalam dunia 'BERSAHABAT' terdapat beberapa gaya bahasa yang perlu difahami, sebagai contohnya:

Situasi 1

Kamu hendak mengajak sahabat kamu untuk makan bersama kamu,bila dia menjawab:

"Ehh...boleh,apa pula tak boleh" = dia sangat2 nak temankan anda tapi jika dia menjawab;

"Emm..Insyallah, tengok dulu lah erk..saya tak janji" = dia kurang ada perasaan nak temankan kamu.

Jadi kamu sebagai sahabat patut sedar dan jangan memaksa. Jangan merajuk. Dah terang-terangan dia cakap tak janji so jangan mengharap k..hormat sikit sahabat tu.


Situasi 2

Kamu penat dan penat dan penat. Sahabat anda datang menemui anda yang terbaring dalam bilik dan bercerita mengenai masalahnya. Mungkin kamu tak larat dengar masalah dia kan...so kamu boleh guna kan gaya bahasa ni:

"Saya pun ada masalah lah, kamu tak nampak ker saya ni penat, kesianlah cikit.."

kalau dia tak faham2 jugak kamu boleh gunakan ayat paling bertapis:

"Ko balik dulu, besok ko datang balik k,jan lupa ambik no dulu"



Situasi 3

Kamu tidak dapat menghadirkan diri ke class kerna kamu bermasalah betulll...so,kamu teringin nak tahu apa yg diajar oleh pensyarah atau cikgu ker siapa2 lah yang berkenaan semasa dlm class. Tapi jika ada sahabat kamu berkata:

"Emm...ntahlah,aku pun tak faham sangat apa yang dia terangkan"

bermaksud dia kurang berminat nak xplan kat ko...FAHAM TAK!!!! ko tak caya ker...aku cakap betul ni...dia tu kedekut ilmu orang cakap...


so faham2lah yer korang...

Wednesday, August 27, 2008

alamak......................................

aku sedih lah...baru aku perasan kunak ada comment aku..huhuhu...tak peh lah...len kali klu dia baca lg blog aku ni...aku minta maaf lah yer kunak...biasalah kita ni...ada masa panas...ada masa hujan kan...apa2 pun itu lah hutan hujan khatulistiwa...

bercinta bukan perkara yang mudah
menyayangi orang adalah perkara yang mudah
tetapi......korang sambung lah....
hoi...korang...korang...aku ada cerita besh ni...dengar lah...dengar lah...
macam ni, kita ada member yg dah nak kawin tau. Dia ngaku kat aku. Kat puncak ni, aku dah tak nampak dia...nampak dlm myspace je...mcm ni, dia ckp dia dh nak tunang...bakal nak kawin lah tu kan...yg beshnya, aku tanya siapa dia pempuan pilihan dia tu...dia cakap org belah2 utara juga...tapi paling aku terkejut dia ckp pempuan tu umo dia 27. Tapi nak cakap cam ne lagi kan..klu dah jodoh...kita kena sungguh2 lah kan...yelah...sungguh2 nak berumah tangga, sungguh2 jd husband...sungguh2 nak berbaby kan...hahah...apa tu...tak faham lah..
So, korg2 semua...marilah kita sama2 doa kebahagian member kita ni k...
mari kita tadah tangan...
Ya Allah...semoga kamu merahmati dan memberikan kebahagian kepada teman ku ini...jadikan dia seorang pemimpin kepada isterinya nanti dan keluarganya nanti...
Aminnnn.....sapu muka kamu tu....satu badan sapu...